Latest Entries »

Menghayati Solat^^

Kesan menghayati Solat.

by Mohd Fadli Yusof on Thursday, July 15, 2010 at 8:50am

Solat yang didirikan dan dihayati sungguh-sungguh akan memberikan kesan pada tindakan lahir sama ada dalam berfikir, dalam masa bekerja, dalam tindakan dan sebagainya. Lantas tidak timbul masalah orang berkata, “Dia tu solat tak tinggal, tapi malas.” Sebab, jika seseorang itu menghayati solatnya, dia semestinya menjadi seorang yang rajin. Bahkan nampak kesan yang positif hasil daripada menghayati solat tersebut, antaranya:

1. Mudah meninggalkan maksiat

Bagi orang yang benar-benar menghayati solat, Allah akan beri kekuatan dan mudah baginya meninggalkan maksiat. Tepat sepertimana firman Allah:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada pekerjaan keji dan mungkar.” (Al Ankabut:29:45)

Oleh itu, jika solat tidak boleh memberikan kekuatan untuk meninggalkan maksiat, periksalah kembali solat kita.

2. Dapat merasakan rasa kehambaan di dalam dan di luar waktu solat

Rasa kehambaan yang dimaksudkan ialah rasa malu, rasa takut, rasa cinta, rasa lemah, penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Tuhan, rasa selalu diperhatikan dan sebagainya. Apabila seseorang menghayati solatnya, sama ada ketika solat atau pun di luar solat, dia akan sentiasa dapat merasakan rasa kehambaan tersebut.

Walaupun berada di luar solat, dia sentiasa ingat kepada Allah. Setiap masa dan tanpa mengira tempat, dia merasa diperhatikan oleh Allah.

Sebab itu dia terlalu takut untuk mengingkari perintah Allah. Dia terasa bila-bila masa Allah boleh menghukumnya kerana Allah berkuasa penuh ke atas dirinya. Sebaliknya, bagi mereka yang tidak menghayati solat tidak akan mendapat rasa kehambaan tersebut, dia selalu merasa tidak tenang. Bila menghadapi masalah dia gelisah dan bila dapat nikmat, dia melonjak-lonjak sehingga lupa untuk bersyukur kepada Pemberi Nikmat. Bila berhadapan dengan orang yang buat fitnah pula, dia rasa terseksa.

Sedangkan orang yang ada sifat kehambaan itu tidak tersentuh dengan kesusahan yang menimpa kerana merasakan dirinya hamba, yang layak mendapat kesusahan. Dia tidak sombong dan tidak angkuh, sebaliknya merasakan kesusahan sebagai rahmat Allah yang bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosanya. Lebih-lebih lagilah ketika bersolat. Sewaktu di dalam solatlah kemuncak baginya mengingati Allah. Saat itu dia terasa lazat untuk berdepan dengan Allah. Waktu itu dia lebih merasakan diperhatikan oleh Allah.

3.Dapat menghayati rasa berTuhan

Dia sentiasa dapat melihat Maha Hebatnya Allah, Maha Tinggi, Maha Besar, Maha kaya dan seumpamanya. Dia memahami maksud Allah kurniakan sesuatu padanya. Contohnya bila dikurniakan wang lebih daripada orang lain, dia faham kenapa Allah berikan kepadanya. Kekayaan itu untuk diagih-agihkan kepada orang lain. Bila Allah berikan kesihatan yang baik sedangkan orang lain selalu sakit, dia faham maksud Allah agar dia sentiasa dapat menabur khidmat bakti pada masyarakat.

Ada kalanya Allah membantu hamba-hambanya secara ‘direct’ tetapi kerap pula melalui makhluk-makhluknya yang lain. Maka bila dikurniakan kelebihan, kita sepatutnya faham bahawa kita adalah saluran untuk membantu orang lain yang kurang.

4. Menjadi orang yang berakhlak (bersifat mahmudah)

Kejayaan seseorang menghayati solat juga akan dapat dilihat dari akhlaknya yang baik, sama ada akhlak terhadap manusia mahupun akhlak terhadap Tuhan. Akhlak yang baik itu sudah mendarah daging dalam dirinya.

Contoh akhlak terhadap manusia antaranya bersifat tolak ansur, suka menolong, pemurah, tawadhuk (merendah diri), pemaaf dan suka meminta maaf, penyayang, rajin, jujur, ramah mesra dan mudah bekerjasama.

Sementara akhlak terhadap Tuhan pula ialah merasa diri hamba, rasa serba kekurangan, rasa berharap kepada Allah, sabar dengan ujian kesusahan, baik sangka dengan Allah dan lain-lain. Jadi hasil dari solat yang khusyuk itu akan membuahkan akhlak yang terpuji.

5. Membakar mazmumah (sifat keji)

Selain dapat mencegah kemungkaran, solat yang dihayati juga dapat mengikis sifat mazmumah. Antaranya sifat sombong, dengki, dendam, bakhil, khianat, pemalas, pengotor dan sebagainya. Ini adalah kerana setiap kali mengerjakan solat, kita terasa diri hina di depan Tuhan.

Begitulah jika solat dapat dipertingkatkan, sifat-sifat yang keji akan dapat dikikis dari masa ke semasa.

Tetapi sebaliknya, perlu diingat ada segolongan manusia yang semakin dia solat, semakin jauh pula dia dengan Allah. Mereka ini termasuk dalam golongan hamba-hamba yang derhaka dalam taat. Mereka sebenarnya membina rasa ketuanan dalam solat. Bila rajin melakukan solat, mereka rasa diri mereka sudah baik dan selamat serta tidak takut dengan murka Allah. Semakin banyak bersolat semakin jauh dari Allah.

Hasilnya, sifat kejinya tidak cair dengan solat bahkan makin kental. Pada lahirnya dia kelihatan hebat. Pagi-pagi lagi sudah bangun menghadap Allah, tapi hakikatnya dia membina rasa ketuhanan dalam dirinya. Tandanya, bila ditegur mudah melenting, memandang rendah kepada yang kurang beramal dan suka menyebut-nyebut kebaikan yang dibuat. Sebab itu amat merbahaya jika kita beramal ibadah hanya kerana merebut fadhilat. Ia tidak akan membuahkan sifat kehambaan. Bahkan menjadikan kita semakin riyak dengan amalan.

Begitulah antara beberapa kesan yang baik hasil solat yang dilakukan bersungguh-sungguh. Bukan sahaja faham bacaan dalam solat bahkan dapat menghayati setiap apa yang dibaca. Moga-moga kita dapat memperkemaskan ibadah solat kita dari masa ke semasa.

محمد فضلي بن يوسف

15 Julai 2010

Silakan tag@share

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=446494016718)

Lawat Halaman Penaja:

Bestari Shop – Produk Pemakanan Sunnah – NR Bashirah

Berumrah bersama kami – Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

Advertisements

realiti

Sabtu yang tenang, bersama satu semangat luar biasa. Mujahidah bersama senyuman mengikut ayahnya ke Pekan keningau. Mahu menjemput bidadari..Hehe..

Bidadari itu bakal pembantunya di tempat dia berjuang kelak..Jika diizin ALLAH.

***

Ahad yang Permai, bersama bidadari nya kembali ke pekan keningau. Dua mujahidah merancang untuk menadah ilmu di usrah muslimat pejuang ..Rasa tenang dijiwa melihat wajah-wajah srikandi pejuang walau sudah bergelar ibu, masih sanggup membawa anak-anak kecil bersama , membiasakan anak-anak generasi baru dengan suasana tarbiyah seawal usia mereka.

Perkongsian para srikandi begitu menyentuh hati..

jangan anggap perkahwinan satu yang indah sepanjang masa. Sesungguhnya hakikat perjuangan, menanti seribu cabaran dan dugaan menguji kekuatan ketabahan kecekalan seorang muslimat pejuang, seorang ibu dan isteri..

Amalan nak kumpul, buatlah semasa komitmen belum bertimbun seperti para ibu, kelak, untuk mencari masa solat malammu akan susah, membaca selembar quran pun susah..Namun, selagi suamimu seorang pejuang, apa saja dibuatnya berbentuk kebajikan pasti mengalir padamu jua..maka, Carilah pelindung yang setia pada perjuangan..

Selain itu, mencari pasangan perlu berlandaskan al-quran dan assunnah..xperlu gopoh gapah..Gopoh itu perangai syaitan..

Di akhiri dengan tazkirah dari buku Madza Yakni mengenai perkara yg perlu dalam beriman pada ALLAH..Yakni yakin dan beriman pada Allah yg memiliki sifat dan nama yg selayaknya ntuk ALLAH, mencintai Allah lebih dari semua, buat perintahNya dan jauhkan laranganNya.Takut semata-mata kerana ALLAH, Pengangabdian hanya kerana ALLAH..bertutur kerana berzikir, diam kerana berfikir..

Sesungguhnya,perkongsian hari ini begitu bermakna, dengan tambahan info bersih yang begitu dilayan tidak adil..media memainkan peranan dengan ‘baik’ sekali. Allah tahu apa yg berlaku..

***

Petang itu, cerah sungguh matahari.

‘Abah..sy lupa d mana kedai tu..’

‘hah? baru nak cari? jadi sapa kamu ikut pulang?’

‘pak cik da pulang , kena buat macam biasalah..’

‘Apa lagi kamu buat sana, kan bapa kata pulang awal!’

Klik!

Mujahidah terhenti bernafas sekejap..
Abah marah?

Sesak nafas..panik..

Abah tak pernah marah sebegini..

Susahnya nak bernafas..
afas ditarik sedalamnya..apa nak buat??

Telefon Doktor Harith, Dr. Peribadi..
Sekejap saja talian terputus.

Sambung mesej.

Selepas bertanya beberapa soalan..rupanya..dia dpt kesan simptom2 jantung bermasalah..kena ada penjagaan khas lepas ni..tak boleh banyak tertekan. Kena pandai kawal diri..

***

Ai.hidup..

Manusia perlu seimbang, berjuang tapi sakit-sakit bukan pejuang sejati.

Kebijaksanaan Khalifah mengurus dirinya dan unsur dalam dirinya yang 5 perlukan ilmu yang mencukupi..

Iman, Jasad, Nafsu ,Akal,Ruh..
jadilah khalifah yg baik..

^^p

Assalamualaikum..perkongsian perjalanan kali ini diteruskan bila mana nikmat kesempatan dan masa lapang yang ALLAH bagi begitu mengharukan..Alhamdulillah..

Ana dengan rasa kerdilnya, hanya menurut sunnatullah..Apa yang Allah gerakkan hati ini, ana ikut jak..

Rupanya, tarikh ini adalah tarikh keramat ana pergi ke Daerah Kota Belud dan Kota Marudu..dan berpeluang menyiram kembali jiwa yang semakin dilanda kemarau tarbiyah..

Subhanallah..ana rasa macam tidak percaya, bila duduk mendengar ucapan2 bersemangat dari Tuan Presiden, TG. Hadi..Life..bukan dengar Youtube..

Sebetulnya, misi nak datang ke daerah sini sebenarnya nak keluarkan hati, mencari titik motivasi dan pengalaman baru..alasan lain cuma mengindahkan suasana..

Bertemu insan-insan lain di daerah ini sekurang-kurangnya menyedarkan diri yang diri bukan orang yang malang , dan sahabat lain juga berusaha untuk keluar dari kelompok yang dilabel malang itu..kenapa masih merasa diri malang..ai..kurang bersyukurnya diri ini..

Satu kereta dengan insan HEBAT..Tim Ketua Muslimat(kalau xsalah) pun sudah begitu menaikkan semangat untuk berjuang di kawasan pensiangan nanti..INSYA ALLAH..Aura-aura mereka sedikit sebanyak mencerahkan kekaburan semangat..

Mampukah diri ini teruskan perjuangan kelak? TIADA KEKUATAN SELAIN DARI ALLAH..

~JOM Topup ILMU..Tambah AMAL…Perbaharui NIAT..~

Rumah Sahabat Seprogram(aceh)
Cik Su Comel
8.37am..

Kini aku terdampar di sebuah tempat yang sunyi dari kebisingan tarbiyyah. Malah, bekalan tarbiyyah yang ada adalah benteng untuk menepis pengaruh-pengaruh yang menghambat..

Aku rindukan kebisingan tarbiyyah itu..Tak kira, berapa kali harus menatap wajah sahabat seperjuangan, itulah hiburan iman..

Benarlah, inilah tempat untuk mengamalkan semua teori yang dipelajari selama ini. Masih ramai insan seagama yang mengharapkan cahaya iman dan kebenaran walau tidak disuarakan. Fitrah mereka sebagai makhluk tidak mampu menafikan itu..

Kekuatan sebagai satu jasad tidak ampuh untuk berhadapan dengan jasad berkumpulan yang bersatu menegakkan kemahuan bersifat keduniaan mereka. Sahabat seperjuangan di sekitar tempat ini masih belum kembali..

Para murabbi sudah bergerak pantas mempertahankan di peringkat pelaksanaan. Sesungguhnya tugasan di peringkat tarif adalah kerja yang perlu digerakkan sentiasa..Taklifan ini ada di bahu insan dan jiwa yang baru ini kerana kekurangan tenaga..Biar ada yang buat, jangan tinggal terus…

Semoga Allah menjaga keikhlasan hati kita semua..ketepikan perasaan yang tidak sepatutnya dalam gerak kerja kita..Islam lebih utama. Walau beberapa kali diri sendiri terpesong, moga ALLAH bagi kekuatan untuk terus istiqamah!

Hargailah ketika anda menjalani proses tarbiyyah , kerana ia adalah berguna amat untuk memastikan kita boleh terus mentarbiyyah orang lain..

Kini, aku masih lagi mencari tarbiyyah yang bisa menguatkan kembali hamasah dan keazaman berada kekal bermati-matian di atas jalan ini…

Monday, May 9, 2011
Aku Seekor Lalat

Mungkin kamu kata hidup aku sia-sia. Aku menafikannya.

Aku dilahirkan di celahan timbun sampah pada musim bunga di Kota Dimashq. Sejak kecil lagi, aku ditarbiyyah oleh ibu untuk sedia berdepan kehidupan yang sukar. Sudah kehendak Ilahi, kata ibu, keluarga kami sejak zaman nenek-moyang dikenali sebagai makhluk yang pengotor dan dikaitkan dengan kekotoran. Tetapi disebaliknya, tambah ibu lagi, terselit hikmah dan matlamat yang begitu besar. Aku mengangguk antara faham dan tidak. Hidup kami di dunia punya misi tersendiri, biarpun di hujungnya, syurga bukan untuk kami. Kami hawariyyun yang bekerja secara free.

Semakin aku dewasa, aku mendapati hidup manusia tidak jauh berbeza dengan aku. Mereka juga gemar kepada najis. Dadah, arak dan rokok. Mereka juga tidak meminta sebelum mengambil hak orang lain. Kadang-kadang terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari rezki. Malah, mereka lebih teruk berbanding aku, kerana naluri dan tingkah aku, menurut kehendak penciptaan aku oleh Allah, sedangkan mereka seringkali menentangnya. Mereka melewatkan solat. Zikir harian mereka ‘like’, bukan Lailahaillallah. Yang berjam-jam mereka selak dan teliti ialah ‘notifications’, bukan Al-Munafiqun dan An-Naziat, di sebuah buku yang tentunya bukan book of Ilahi. Patutpun mereka tidak takut mati dalam keadaan Munafiq. Logik pun mereka tidak memetik kedahsyatan hari Kiamat dan peringatan daripada Surah An-Naziat.

Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Al-Munafiqun :11)

Maka adapun orang yang melampaui batas, dan mengutamakan kehidupan dunia, maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya.” (An-Naziat : 37-39)

Gangguan-gangguan strategik kami, kenapa tidak dilihat sebagai usaha membawa mereka memerhatikan perkara dan agenda yang lebih besar? Hadir kami, kenapa tidak dijadikan sempadan dan kayu ukur bahawa pengotor antara kita sama, tiada berbeza? Tapi kami pula yang dibenci dan dimaki.

Aku semakin keliru dan ragu, di mana yang dikatakan manusia ini sebaik-baik penciptaan? Apa yang mengangkat mereka sebagai makhluk yang layak memerintah? Betulkah mereka lebih mulia daripada aku?

Satu pengalaman yang aku tidak boleh lupakan, ialah bagaimana aku ditugaskan oleh Pak Ketua untuk memaksa seorang pemuda yang lalai untuk masuk tidur kerana malam sudah terlanjur lewat. Dengan penuh kesungguhan, aku mula menghurung dan menghinggapi lelaki tersebut yang asyik menonton televisyen. Dia mula memberikan respon, melibas dan cuba membunuh aku. Sungguh, insan ini tidak bersyukur dengan bantuan yang aku cuba berikan, untuk membawanya pulang ke pangkal jalan. Aku mendekati telinganya, dan mengacah untuk masuk, mana tahu dia akan teringat kisah kematian Raja Namrud dan mengambil iktibar daripadanya. Ternyata tidak berkesan. Dia malah menjerit dan memaki-hamun aku. “Bodoh, bangang! Kau ingat aku nak tengok muka kau kat sini!” Sabar, sabar, aku memujuk diri. Allah dan Nabi mengajar kita bersabar dalam dakwah.

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” ( Muhammad : 31 )

Mujur sahaja aku agak memberikan perhatian dalam kelas penerbangan yang diajar Pak Pailet dulu, kalau tak tentu saja aku mengiringi nasib Syeikh Ahmad Yassin dan Osama Laden yang syahid dalam perjuangan. Malah, mata majmukku yang berjuta membolehkan aku lebih berwaspada. Sampai ke Subuh aku mengasak pemuda itu untuk masuk tidur, tanpa berhasil. Menggaru kepalaku dengan kaki kanan paling belakang, aku kaget. Bagaimana pemuda ini boleh begitu yakin Prison Break boleh menyelamatkannya daripada penjara neraka Allah, sedangkan wardennya ialah Malik? Atau mungkin ‘Budak Getah’ dapat membantunya melalui Siratal Mustaqim dengan memanjangkan badan dari hujung ke hujung dan dia melalui belakangnya, sedangkan wap daripada bahang api neraka sahaja mampu mencairkan segala benda.

Azan berkumandang. Kawan pemuda tersebut yang tidur di atas sofa terbangun. Akhirnya si pemuda akur dan turut bangun, terus ke Masjid berdekatan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Tidak juga sia-sia usaha aku malam ini, pemuda yang tidak pernah sampai ke masjid di waktu Subuh hari ini memecahkan rekodnya sendiri. Ampunkan aku Ya Allah, mengeluh dengan pengorbanan yang pendek dan sedikit, dibandingkan anbiya’ dan mursalin terdahulu. Aku mula bertolak pulang, tiba-tiba pintu dibuka. Pemuda tadi sudah selesai bersolat. Dia mengambil semula posisinya di sofa, dan memasang semula televisyen. Astaghfirullah. Sungguh, aku berputus asa dengan manusia Ya Allah..

1. Setiap makhluk dicipta dengan peranan tersendiri dalam membimbing manusia menuruti kehendak Allah, tidak ada yang diciptakan sia-sia, justeru perhatikan alam, dan halusi penciptaannya.

2. Amanah sebagai khalifah merangkumi semua aspek dan meliputi segala makhluq, bukan hanya kepada manusia semata, tetapi juga kepada alam.

3. Setiap da’ie punya kelebihan dan kekuatan tersendiri, cari dan sedari kekuatan, lalu gunakanlah secara optimum.

4. Jangan berputus-asa dengan dakwah, tumpu pada kejayaan kecil sebagai penerus motivasi, syukuri, dan pohon keampunan atas setiap usaha dakwah, kerana kemungkinan besar diseliti dosa hati

http://nurilhakim.blogspot.com/2011/05/aku-seekor-lalat.html

Assalamualaikum..berjuang di gelanggang sendiri sebenarnya lebih mencabar bila mana , insan-insan yang menjadi kesayangan kita tidak sehaluan dengan apa yang kita perjuangkan..

Maka dengan itu, ALLAH telah memujuk kita dengan menyatakan dalam ayat Al-Quran..An-Nisa’, ayat 135:

” Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. ”

Apa yang benar tetap benar..sekalipun dihalangi oleh keluarga..
Maka, bertawakallah kepada ALLAh..

Cuma, dalam konteks risau menderhaka pada mereka, kita kena melihat dari sudut keutamaan..mungkin, ada panggilan dari sahabat yang kekurangan tenaga kerja dakwah..berbincanglah dengan ayah..ibu..biasanya benda baik mereka tidak akan halang..apa lagi urusan dakwah..insyaALLAH..namun, jika mereka tidak membenarkan atas alasan keselamatan..minta bantuan sahabat-sahabat untuk meyakinkan bahawa kelesamatan diri kita sememangnya terjamin, kecuali atas kehendak ALLAH..

Tiada dana perjalanan..khabarkan pada sahabat kita yang lain..insya ALLAh ada inisiatif untuk membantu kita..rezeki dari ALLAh..Allah akan mudahkan mereka-mereka yang betul-betul mahu membantu dakwah agamaNya..pertolongan ALLAH ada di mana-mana..

Cuba membantu dari jarak jauh, jika kita ada kapasiti untuk melakukannya..

=)..

Seterusnya, berperang dengan nafsu sendiri..amat susah untuk ini..namun, sama-samalah kita bertahan..Semoga Allah kuatkan langkah2 kita..

Optimistiklah terhadap cabaran..elakkan rasa berputus asa..jalan keluar ada disediakan bagi mereka yang bersabar atas ujian ini..

Wahai Jiwa

Alhamdulillah..

Hati semakin sembuh, walau kadang-kadang terasa juga hati untuk mencederakannya semula.

Na’udzubillah…

Kekuatan milik ALLAh, moga kekuatan itu terus diberikan atas IhsanNya..

Dua hari yang menjadi ukuran tahap diri. Keampuhan iman diuji..Ampuhkah?

Rupanya banyak lagi kelompangan..
Semoga ALLAh terus berikan taufik dan hidayahNya..

~Sahabat semua, yang bersama-sama ana dua hari ini..Moga apa yang di amanahkan kita teruskan dan kita saling sokong menyokong..bukan untuk nama dan pangkat ..Hidup kita akan berakhir..Semua bakal dipersoal..~

Ya..apa yang dekat di hati????

……

Dari Berita Harakah..

Kementerian abai sahsiah tingkat gejala sosial
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 7 April: Masalah gejala sosial terutama di kalangan generasi muda yang semakin membimbangkan di tanah air tidak akan dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, tidak turut memberikan penekanan tentang aspek sahsiah yang baik di kalangan guru.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran tidak seharusnya hanya menekankan aspek akademik dan kokorikulum dalam sistem pendidikan negara, tetapi juga aspek sahsiah di kalangan guru-guru sendiri.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (gambar) menegaskan, kes-kes gejala sosial terutama yang melibatkan para pelajar atau golongan muda di tanah air diyakini berlaku disebabkan pengabaian pihak Kementerian Pelajaran dalam aspek itu.

Menurut beliau, oleh itu, kini sudah tiba masa untuk Kementerian Pelajaran memikirkan perkara itu dengan lebih jauh bagi kepentingan negara.

“Namun tidak dapat dinafikan, guru-guru memainkan peranan penting bagi pencapaian cemerlang para pelajar dan pembangunan negara dan kita sememangnya menghargai jasa para guru.

“Tetapi disebabkan aspek sahsiah di kalangan guru tidak diberikan penekanan oleh Kementerian Pelajaran telah menyebabkan kes-kes gejala sosial di kalangan generasi muda semakin meningkat di negara kita,” katanya ketika mencelah dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam menuju kemajuan dan kecemerlangan dalam pelajaran, menurut beliau, pembinaan sahsiah yang baik di kalangan rakyat merupakan satu perkara amat penting terutama di kalangan guru.

“Sekiranya guru-guru sendiri tidak mempunyai sahsiah, bagaimana guru-guru hendak membentuk sahsiah kepada para pelajar. Dengan itu, kita pasti tidak berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik,” katanya.

Pemilikan sahsiah yang baik di kalangan guru, katanya, akan memudahkan para guru sendiri membentuk sahsiah di kalangan para pelajar, tetapi jika perkara itu tidak diberikan penekanan akan lebih memburukkan lagi masalah gejala sosial di negara kita.

Katanya lagi, lebih jauh dari itu, ia pasti akan menjadikan sistem pendidikan di negara kita akan berkecamuk.

Memberikan respons kepada perkara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong turut mengakui hakikat itu dan ia akan turut diberikan penekanan oleh Kementerian Pelajaran.

_____________________________________________________-
Tidak cukup dengan itu ada di dalam FB video guru yang begitu galak menari dan berdansa dalam keraian hari guru.Yang tak manis dipandang ialah mereka semua bertudung, dan ada pula satu video tu, tarian bukan main pelik lagi, mereka tarikan di depan anak-anak murid..

Mungkin ada orang berkata ia adalah satu kebiasaan dengan budaya negara yang berbilang kaum..No..No..No..

Islam tidak membenarkan kita sewenang-wenangnya menggunakan term ‘keterbukaan’ sehingga menggadaikan prinsip akhlak ISLAM…

Semoga perkara ini dapat diambik ihtimam dan perhatian semua yang merasa diri terlibat dalam hal ini…

Ulamak adalah insan yang paling takut kepada ALLAH..Guru?

Wednesday, April 6, 2011
nukilan Hamba Siti Azimah Binti Rupilen at 6.4.11 Labels: Fakta or Auta
~Aku Insan Hina Dina…mengharap Kasih sayang-Nya~

Ternampak post ni dalam blog kwan..HuhuFikir2kanlah…

‘Mukabuku’ & Security (?)
Share

Sejak awal kemunculannya lagi facebook sering digembar gemburkan sebagai alat untuk mengumpulkan maklumat tentang gerakan-gerakan Islam dari seluruh dunia, ia dikatakan menjadi jalan untuk mengetahui operasi-operasi yang ingin dijalan oleh gerakan-gerakan Islam melalui percantuman maklumat yang dilakukan.

(gerakan Islam ialah kumpulan-kumpulan yang bergerak bagi menyangkat kembali Islam sebagai syariat di muka bumi Allah, sekaligus mengembalikan kerajaan Islam dan menjadikan Islam sebagai Ad-din, iaitu satu cara hidup, contohnya seperti HAMAS di Palestin, Ikhwan Muslimin di Mesir dll)

Di awal mengenal facebook, sewaktu belum mengetahui tentang ianya milik Yahudi, aku juga memasukkan maklumat sebenar. Namun, semenjak berita tentang pemilik facebook seorang Yahudi, maka aku pun mendelete seluruh maklumat sebenar. (walaupun seakan-akan terlambat)

Mulanya aku tidak jelas tentang bagaimana facebook digunakan sebagai medium untuk mengumpulkan maklumat, walaupun pernah aku melihat video yang menjelaskan bahawa facebook menjadi medium termudah bagi melakukan kajian namun aku hanya buat tak endah tanpa kesedaran dan hanya fokus bagaimana untuk mengendalikan facebook agar ia tidak membawa kerosakan.

Namun, baru-baru ini ketika mengikuti Pameran ProjeX, aku dan kumpulan diberitahu oleh En Jul tentang sesuatu bagi menjawap persoalan yang dilontarkan oleh penilai, iaitu kenapa tidak gunakan facebook? Kenapa gunakan Forum sebagai mekanisma Portal yang kami bina?

En Jul memberi tahu satu jawapan yang boleh menyokongnya, ialah polisi kerajaan ialah setiap agensi kerajaan mestilah menyimpan database di Server yang dikendalikan oleh agensi itu kerajaan atau premis mereka sendiri, dan sekaligus tidak menyokong penggunaan mekanisma facebook di dalam web site kami yang bangunkan kerana pusat penyimpanan data facebook adalah di Amerika.

Kenapa Amerika? Ada Masalah kah?

Ya, memang ada masalah! Sekiranya berlaku darurat, seperti peperangan dan sebagainya, talian internet terputus dan rangkaian kesemua tergendala. Maka apa akan terjadi dengan facebook? Jawapannya adalah kita tidak akan dapat melayari facebook, manakala maklumat kita akan tertinggal di Amerika. Kesannya, maklumat kita akan digunakan bagi melakukan pelbagai kajian untuk memudahkan membentuk strategi bagi menguasai negara kita sama ada dari aspek politik, pendidikan, sosial, dan bermacam lagi.

Bagaimana mereka boleh melakukan kajian? Kerana pada ruangan maklumat peribadi, kita telah memasukkan maklumat seperti agama, pendidikan, status perkahwinan, pandangan politik, minat dan banyak lagi aplikasi oleh mungkin kita telah gunakan.

Adakah kita boleh menipu dengan lokasi meletakkan lokasi semasa di mana-mana saja?

Jawapannya adalah silap, hal ini kerana aku pernah sekali mendownload perisian facebook yang ku fikirkan boleh memudahkan aku menghantar mesej kepada seluruh rakan-rakan facebook, tetapi malangnya ia adalah palsu dan akaun ku telah hack beberapa kali.

Dan bila aku log masuk, aku ditanya adakah aku pernah mengakses facebook ku dari Bekasi, Indonesia? Ini bermakna, kita tidak boleh menipu facebook dengan meletakkan lokasi kita di mana-mana saja kerana facebook dilengkapi alat yang boleh mengesan IP Address secara jitu.

Sekian.

*jangan berikan kesemua maklumat anda kepada facebook, perpada-padanya menggunakannya.

sumber: http://atikaahmadiah.blogspot.com/

Ana terbaca sesuatu..jangan paksa diri baca jika sedang stress..insya Allah ada hbis xm bleh tinjau2..wlu berkaitan tanah tumpah..apa salahnya dikongsikan , ada mesej untuk semua..http://wardahal-jannah.blogspot.com/2011/02/dilema-muslimat-harakah-siri-1.html

Dilema Muslimat Harakah Siri 1
Alhamdulillah pada hari ini Allah SWT memberikan ruang kepada ana untuk memenuhi janji sebelum ini. Dek ada komitmen yang lebih aula’, maka ditinggalkan blog buat seketika. Sekiranya pembaca-pembaca masih ingat, dalam post ana yang bertajuk “Ijtima Tarbawi kini, di tempat kami” ana pernah menyatakan untuk mengupas isu yang berkaitan dilema muslimat Harakah.

Isu ini merupakan salah satu isu yang dibincangkan semasa Ijtima Tarbawi berlansung pada bulan lalu. Memandangkan pada ketika itu kehadiran muslimat agak ramai, satu slot khas bersama ustaz Nik Abduh telah telah diadakan. Slot khas untuk muslimat harakah ini telah diadakan pada hari ke-2 ketika kami berada disana. Dengan adanya slot ini dapat membuktikan bahawa peranan muslimat di dalam Harakah Islam adalah sangat penting disamping muslimat sebagai pemangkin didalam perjuangan. Walaupun pada asalnya, Ijtima Tarbawi ini dianjurkan oleh DPPN Sabah dan bertujuan untuk mengumpulkan seramai mungkin pemuda harakah, namun secara langsung ini dapat membuka ruang kepada muslimat harakah untuk turut hadir dan menyahut panggilan jihad.

Demi ingin mendalami erti sebenar sebuah perjuangan, pengorbanan dari segi masa, wang ringgit serta tenaga rela dikorbankan. Seperti mana yang kita tahu, pada ketika itu adalah musim cuti sekolah dan sepatutnya masa yang terluang digunakan untuk berehat dan bercuti bersama-sama keluarga tercinta. Suatu perkara yang membuatkan ana tertarik dan merasakan baitul dakwah ini sangat penting ialah setiap kali program yang dianjurkan oleh jemaah, pasti ramai sahaja keluarga yang terbina hasil daripada baitul dakwah, turun bersama anak-anak dan isteri/suami tercinta bagi memerihkan lagi program-program yang dianjurkan oleh jemaah. Contohnya ketika Ijtima tarbawi pada bulan yang lalu.

Slot khas bersama Ustaz Nik Abduh bukan sahaja menjelaskan fikrah sebagai ahli gerakan, malah perbincangan daripada beberapa persoalan yang sempat diajukan oleh sahabat-sahabat seperjuangan turut menjadi tarikan pada malam itu. Di antara persoalan yang diajukan iaitu dilema muslimat harakah. Isu ini sebenarnya merupakan isu yang sangat penting dan harus diambil perhatian. Ini kerana seingat ana, dilema dikalangan muslimat harakah ini sering sahaja menjadi bualan, mahupun perbincangan disetiap kali program-program seperti ini dijalankan. Memang tidak dinafikan, ada sahaja sesetengah sahabat-sahabat sefikrah akan mengatakan, “alah..tidak perlulah dibesar-besarkan perkara ini, banyak lagi perkara yang lebih aula’ yang perlu difikirkan”, “tunggu sahajalah, adalah jodoh tu nanti”, “Ana rasa, kita tak perlu bincangkan persoalan berkaitan perkara ini. Ini semua kerja Allah” dan sebagainya.

Pembaca-pembaca yang diredhai oleh Allah SWT. Ya, memang benar, isu ini sebenarnya tidak akan ada penghujungnya. Selagi mana muslimin wa muslimat harakah itu tidak bertindak dan masing-masing tidak cuba untuk memahami tanggungjawab dan situasi masing-masing maka, itulah yang akan berlaku. Tidak akan ada penghujungnya. Jodoh, ajal maut sudah ditentukan Allah SWT. Akan tetapi, kita perlu usahakannya. Setelah berusaha, maka bertawakallah kepada Allah SWT. Serahlah segala-galanya pada Allah SWT. Jangan pula setelah antum berusaha dan tidak berjaya, terus berputus asa, kecewa dan pelbagai lagi perasaan-perasaan negatif yang bakal menguasai diri.

Disini ana ingin mengolah makna tersirat yang disampaikan oleh ustaz Anuar Ali ketika penjelasannya berkaitan dilema muslimat harakah.

“Ada muslimin jemaah yang ingin berkahwin dengan Puteri U***, katanya saya ingin mentarbiyah puteri U***. Sekarang kita dah tak terima alasan tu. Sebab telah dibuktikan orang yang berkahwin dengan puteri U***, dia jadi lebih U*** daripada puteri tu, Jadi yang ada ni, yang masih bujang yang belum kahwin ataupun isteri yang dah meninggal dunia dan kembali bujang, yang pertama WAJIB dia berkahwin dengan ahli jemaah P**. Apa untungnya?” ~Ustaz Anuar Ali

Pembaca yang ana kasihi kerana Allah SWT, apa yang dijelaskan oleh Ust. Anuar Ali adalah hakikat yang terjadi pada hari ini. Dimana, muslimin harakah lebih gemar memilih pasangan hidupnya bukan dikalangan ahli jemaah. Kerana apa? tepuk dada tanya iman masing-masing. Antum yang bisa menjawabnya. Apa untungnya? nanti ana akan sentuh semula. Teruskan membaca hingga keakhirnya ^_~

“Saya ingin ceritakan peluang bertapah di Sabah. Supaya yang datang dari semanjung, guru semenanjung yang masih belum berkahwin kalau boleh kita letakkan suatu keputusan dia mesti kahwin dengan orang Sabah ataupun Sarawak. Ha, itu sahaja. Saya tiap-tiap bulan pergi Kuala Lumpur, diantara kempen saya ajak orang-orang tua disana, yang duduk di masjid, pemuda-pemuda yang belum berkahwin datang ke Sabah, berkahwin, buat kerja Islam di sabah, kerana pahalanya sangat besar. Jadi saya nak beritahu secara realiti janganlah dok nak fikir balik kampung….”~ust. Anuar Ali

Mengapa? muslimat Sabah atau Sarawak ni dah tak laku ke? Sabar dahulu, jangan tuduh yang sembarangan 🙂 Laku ataupun tak laku, itu soal yang lain.Sekiranya pembaca-pembaca memahami apa yang tersirat disebalik bait-bait ucapan ust. Anuar Ali, ia membawa suatu maksud yang mendalam. Apa yang hendak disampaikan di sini ialah hakikat sebenar jemaah Islam di Sabah atau Sarawak. Kesyumulan Islam di Sabah atau Sarawak pada hakikatnya 10 tahun ketinggalan lebih jauh dengan Islam yang berada di semenanjung.

Bukan niat ana untuk memburuk-burukkan tempat kelahiran sendiri. TIDAK! tapi itulah hal sebenar yang yang harus diketahui. Suasana gerak kerja Islam di Sabah mahupun di Sarawak lebih mencabar dan lebih banyak tentangannya berbanding dengan suasana di Semenanjung. Apa yang membuatkan ana berasa terharu dan hati berbunga orang kata, apabila ada dikalangan sahabat-sahabiah ana yang datang dari semenanjung, menyatakan hasrat mereka untuk menetap di Sabah, untuk menegakkan Islam di Sabah.

Ini kerana peluang mereka untuk mendapat pahala, dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar lebih luas. Persoalannya, dah pupus ke orang-orang Sabah Sarawak ni? Oh, itu tuduhan yang sangat tidak berasas. Kami sebenarnya sangat mengharapkan tunjuk ajar dan jiwa-jiwa besar pengerak harakah Islam daripada semenanjung untuk memenangkan Sabah dan Sarawak.

Kami inginkan perkongsian-perkongsian pengalaman kerana jemaah Islam di Sabah dan Sarawak ini baru sahaja mula tumbuh pucuknya. Perlu disiram agar mekar menjadi bunga yang mekar lagi indah.

Apa untungnya?

“Jadi, yang pemuda kena faham mesti pilih muslimat P** kerana keberkatannya ada, dimudahkan oleh Allah, dari segi dimudahkan anak pun sihat alhamdulillah. Semua sekali ada kelebihan yang Allah beri kalau kita ikhlas betul-betul kerana Islam. kahwin kerana jemaah Islam. Kahwin bukan kerana nafsu kita, bukan kerana kecantikan, bukan kerana kekayaan, kahwin Kerana Allah Taala. Maka kalau anda boleh sahut cabaran ini, anda akn mendapat satu kepuasan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Rasaulullah Saw. Jadi kalau kahwin kerana nafsu, dia akan rosak dan binasa.”~ust. Anuar Ali

Ya benar apa yang dinyatakan oleh beliau. Seperti dalam hadis Rasulullah Saw;
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (H/R Bukhari dan Muslim)

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah,
Secara umumnya, hadis ini menyenaraikan ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatin lelaki untuk dijadikan isteri. Tetapi, Rasulullah menyatakan bahawa kunci kebahagian itu adalah dengan memilih seorang wanita yang “kuat penghayatan agamanya”.

Ini kerana wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagian berumahtangga.

Justeru, seseorang yang menggelarkan dirinya anak harakah Islam perlu jelas bahawa tanggungjawab seorang lelaki/wanita dan seorang ayah/ibu terhadap anak-anaknya adalah memilih seorang bakal ibu/ayah yang baik terhadap bakal anaknya kelak.

Untuk pesanan yang seterusnya, akan ana kupas pada post yang akan datang. Sebuah perkongsian bersama, moga ia boleh difahami dengan lebih jelas. Wallahu’alam.

Penulis: Betapa ramai Wanita dari lelaki..apabila alasan lelaki yg beragama kahwin dgn wanita yang agak jauh dari agama, nampak macam menempah susah..Ayat ni kontroversi kan?Tapi anjuran Rasulullah s.a.w kena pilih yang beragama supaya terjamin dpt membina keluarga yang menjadikan baitul muslim sebagai baitul dakwah dan mempercepatkan perkembangan umat Nabi s.a.w,

Untuk Wanita yang berasa xadil lelaki yang baik kawen perempuan yang baik saja, sedang dorang xdpt didikan dari lelaki yang baik..=)..inilah bukti Ayat-ayat Allah..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..Jadi, nak dapat lelaki baik, Jadilah wanita yang baik..anda belum terlambat..

Fikirkanlah, perjalanan ke syurga amat jauh..pilihan di tangan kita..